APA ITU BUASIR

Apa itu buasir? Mengapa buasir terjadi?

Buasir adalah salur darah vena kawasan dubur yang membesar di bahagian bawah rektum. Ia membawa masalah apabila ianya menjadi radang yang akibatkan bengkak. Buasir boleh diklasifikasikan kepada dua bergantung kepada tempatnya iaitu buasir luar atau buasir dalam. Kedua-dua ini mempunyai simptom dan masalah yang berbeza tau. Najat dah rasa dan faham perasaan siapa yang kene. huhu

1. Buasir dalam( ini peringkat mula)
Merupakan salur darah vena yang bengkak di lapisan dalam rektum. KIta nampak pendarahan selepas membuang najis tanpa kesakitan, tu tanda mula-mula la.. Ada juga pesakit yang akan terasa seperti isi yang terkeluar sikit dari dubur selepas membuang air besar. isi ini mungkin hilang sendiri atau ada juga yang perlu menolak balik unjuran ini ke dalam. Tu pun kadfang-kadang tak masuk balik kan.

2.Buasir luar ( ni kalau dah teruk)
Merupakan salur darah vena di bahagian bawah kulit luar dari dubur (lihat gambar 1). Kita akan mengadu sakit, berdarah, GATAL atau SAKIT BENGKAK semasa membuang air besar. Kesakitan yang kita rasa itu mungkin berbeza. Ada orang yang mungkin merasa sedikit tidak selesa, tetapi ada juga yang merasa panas atau amat pedih. Sakit yang kuat mungkin berlaku akibat salur darah yang tersumbat oleh darah beku. Pengalaman najat sendiri sakit sangat-sangat lepas membuang sampai nak duduk pun sakit. derita sangat huhu

 

3 Tanda-Tanda Buasir

Mengapa buasir terjadi?

Buasir adalah penyakit yang banyak beralaku sekarang. Sebab gaya hidup dan pemakanan. Ia boleh terjadi kepada mana-mana individu tanpa mengira umur tetapi selalunya dilihat pada orang dewasa 30 tahun ke atas dan wanita mengandung. Ia sering dikaitkan dengan meneran semasa membuang air besar dan keadaan sembelit. Najat pernah kenen masa biasa sebab sembelit dan sebab mengandung.

Wanita mengandung  mengalami buasir kerana pembesaran janin. janin ni makin besar dalam perut menyebabkan tekanan ke bahagian dubur dan juga akibat perubahan hormon. Selain itu, kalau berat badan  yang berlebihan , berdiri dalam jangka waktu yang lama setiap hari atau selalu mengangkat benda berat mungkin menghidapi masalah ini. Kesemua keadaan tersebut menyebabkan penambahan tekanan kepada salur vena di rektum dan dubur dan menyebabkan pembengkakan dan pembesaran. orang perempuan ramai kene sebab angkat berat dan lepas bersalin kurang minum air.

TANDA 1

GATAL

Kadangkala individu yang kene akan mendapati lendir terkeluar daripada dubur, rasa gatal di sekitar punggung dan dubur serta tidak menyedari najis terkeluar daripada dubur. Ada juga sesetengah kes yang  mengalami kekurangan darah atau anemia, badan rasa lemah dan muka menjadi pucat akibat pendarahan itu.

TANDA 2

BENGKAK SAKIT

Ketika membuang air besar, pesakit akan berasa sesuatu akan terkeluar kerana buasir semakin membengkak. Dalam keadaan ini, pesakit hendaklah menolak masuk buasir itu dengan jari. lepas membuang benkak akan makin teruk dan sangat sangat sakit, nak duduk dan baring sangat sakit, azab sangat rasa huhu

TTANDA 3

PEDIH SAKIT DAN TERKELUAR ISI DARAH

Pendarahan dan pedih adalah gejala utama penyakit itu kerana 70 peratus daripada pesakit buasir akan mengalami pendarahan apabila mereka membuang air besar. Dalam keadaan ini, KIta selalunya mendapati darah banyak dan seakan darah hidup. KIta juga akan berasa kesakitan pada dubur disebabkan luka di bahagian itu kerana buasir sudah membeku atau bewarna biru.