Dalam tak sedar dah masuk 8 Ramadhan dah kita, lagi 23 hari sahaja lagi. Sekejap sangat kan. Sebab tu lah bulan yang mulia ni dituntut sangat kita banyakkan amalan sunat, pahala dan ganjaran yang kita dapat pun berlipat kali ganda tau dari bulan lain.

Harini Najat nak share kan satu benda yang sangat terkesan dan dekat di hati Najat dari kecil adalah setiap kali Ramadhan Mak Ayah akan bawa Najat dan adik beradik ke Masjid Surau seluruh KL dan Selangor. Najat ingat lagi masa kecik dulu tak sabar nak makan kuih dan buah yang pihak masjid surau sediakan. Kalau waktu moreh lagi lah hehe, nak laju laju ambil sebab takut habis.

Masa zaman kecil ni lah Najat suka suasana Ramadhan dan sampai besar ni suka bila kehadiran Ramadhan bukan sahaja sebab barakah dan rahmat dalamnya tapi moment berbuka dan terawikh di surau masjid ni paling suka.

Sekarang Najat dah ada 4 anak dan InsyaAllah Najat nak terapkan dan masukkan memori yang sama buat mereka.

Dari kecil ni lah kita kene masukkan input yang bagus pada mereka kan 🙂

Tahun ni Ramadhan Najat rasa berbeza dari sebelumnya. Mungkin antara sebab yang paling obvious sebab tahun ni sahur 100% dengan shake sahaja tanpa nasi dan karbo. Mula-mula Najat macam risau juga takut lapar sangat tengahari tapi alhamdulillah sangatttt uolzz memang tak rasa lapar dan tetap semangaat!!! syukurr.

 

Jom lah Najat sharekan MENU SAHUR yang Najat buat untuk diri dan suami. Kami tekad kali ni nak buat betul-betul untuk dapatkan balik fitness dan ringan nak ibadah. Rasanyadah lama juga Najat dengar ramai yang ambil sahur semata-mata shake sahaja tapi Najat dulu macam tak yakin lah nak fully shake BUT suprisingly bila Najat buat memang SUPERB!!!!! ringan dan sedap sangat rasa badan bila sahur dengan SET PUASA SHAKLEE.

Nak kata Najat sangat gembira dengan Set Puasa Shaklee ni lagi satu sebab tengah ada promo superrr murah beli 2 TONG CINCH SHAKE HANYA RM200 sahaja! Mana nak dapat kan harga ni dan memang sesuai sangat promo ni tiba masa bulan barakah ini untuk bantu kita umat Islam lebih bertenaga dan FIT sepanjang buat ibadah puasa.

Malam lepas berbuka terus ambil CINCH TEA untuk bagi EXTRA ENERGY  pada badan untuk buat ibadah terawikh dan tadarus pulak. Alhamdulillah semoga Ramadhan kali ni lebih baik dari yang lepas dan kita dapat manfaat kan sebaiknya masa kita.

Dalam Islam dah sebut ” AKAL YANG SIHAT DARI BADAN YANG SIHAT” maka nak sihta dan FIT Ramdhan ni ayuh ambil set Puasa Shaklee ni insyaAllah rasa lebig bertenaga dan berbeza Ramadhan tahun ni.

Terima kasih yang baca sampai habis, kalau nak tahu apa activity Najat buat sepanjang Ramadhan ni dengan ceria dan bertenaga Najat buat jom follow medsos dan chanel Najat jom;

FB Najat Zainal

IG Najat Zainal

Tiktok Najat Zainal

Youtube Coach Najat Nawawi

Jemput FOLLOW NAJAT ya 🙂