Alhamdulillah sangat berbaloi dengan usaha keras kami selama setahun cycle 2018, kami berjaya dapat 2 tiket Regional Trip Shaklee 2018 ke Bangkok Thailand.Trip Shaklee kali ini selama 4 hari 3 malam. Kami bertolak pada 17 Nov 2018 (Jumaat) sehingga 20 Nov 2018 (Selasa). Macam-macam perasaan kami sebab ini firstime kami “berhoneymon” sama-sama dengan tinggalkan 2 orang anak. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar

Bertolak 17 Nov 2018 (Jumaat)

Kami bertolak awal pagi sabtu, sampai di Air Port jam 4.00pagi kan flight bertolak pada jam 7pagi. perjalanan dari KLIA 2 ke Bangkok mengambil masa 2 jam. Sekitar jam 9pagi (waktu Bangkok) kami pun selamat sampai. Setibanya kami di Bangkok terus ke destinasi pertama kami iaitu Chao Phraya Boat Ride

HARI PERTAMA

Chao Phraya Boat Ride

Perjalanan dari Air Port Bangkok ke Chao Phraya mengambil masa 1 jam setengah sebab jalan di Bangkok terlalu jem terutamanya di hujung minggu. Sampai di Chao Phraya kami terus di bawa naik ke dalam boat. Kami di bawa menaiki boat dengan melalui sungai di Bandar Bangkok. Di Bangkok sungai diibaratkan seperti Highway (laluan utama mereka). kelitahan banyak boat yang lalui sama ada arah yang sama atau bertentangan. Sepanjang perjalanan kami lihat banyak bangunan-bangunan lama & juga jambatan lebuh raya. Kemudian kami di bawa menghala ke suatu tempat pinggiran sungai (sebelah temple) terdapat banyak ikan-ikan di situ. Kita nampak macam ikan keli rupanya banyak ikan-ikan besar macam ikan patin. Kami di beri roti (makanan ikan) kemudian semua SID Shaklee bagi makanan kepada ikan. Selepas selesai aktiviti beri makanan kepada kami patah balik dan naik ke darat terus. Cuaca di Bangkok sama seperti di Malaysia sekitar 32-33C tetapi kepanasannya seperti melekit-lekit pada badan. Selepas selesai naik boat kami terus naik bas untuk pergi lunch. Agak letih jugak sebab banyak berjalan dan juga cuaca yang agak panas lekit. Nasib baik ada bawak kipas, spek hitam dan payung. Naik bas je semua rehat dan tidur sekejap sebelum sampai ke restoran untuk makan tengahari

Lunch at Sophia Restaurant

Sampai di Restoran Sophia sekitar jam 12pm. terus ke meja makan. Makanan semua dah siap hidang. Ini Restoran halal, semua pelayan perempuan pakai tudung dan specialnya boleh “kecek klate”. Menu tengahari ialah tomyam putih, ikan siakap goreng cicah dengan sos thai, ayam goreng pandan (ayam di balut daun pandan), paprik, manggo salad. rasa makanan kat sini memang sedap. yang paling best ikan goreng siakap cicah sos thai. Selepas selesai makan tengahari terus pilih kostum thai (baju thailand) untuk di pakai untuk Dinner hari pertama (tema pakaian thai). Waktu ni kami dapat duit poket untuk belanja makan untuk hari ketiga dan keempat

Check in Amari Hotel

Alhamdulillah perut dah kenyang so rehat sekejap dalam bas sementara nak menuju ke Hotel Amari. Shaklee bagi penginapan kepada kami hotel 5 bintang. kami try tengok harga di booking.com berapa nilai 1 malam. Terkejut betul rupanya rate harga 1 malam nak mencecah RM1K. Hotel Amari yang kami menginap memang best sangat. Bilik air ada bathtub, dapat katil quen besar, bilik ada 2 sofa, di ruang lobi ada banyak sofa sesaui untuk rehat dan coaching bisnes. Siap ada ruang yang sangat eklusif. Tempat dinner di level 4, kolam mandi dan ruang jogging di level 8. Selepas check in dapat la rehat sekejap sebelum pergi Sampran riverside untuk Dinner

Dinner at Sampran Riverside

Kami keluar hotel agak lewat sikit dalam jam 5ptg (waktu malaysia jam 6ptg). Jalan raya dah jem dan sesak sangat waktu ni. Perjalanan ke Sampran mengambil masa agak lama. 2 jam kami duduk dalam bas sebab jem teruk sangat nak ke tempat dinner. Sampai sahaja tempat dinner kami di raikan dengan bunyi muzik orang thailand. program pertama ialah pre-dinner. Ada banyak ruang-ruang makanan tradisional orang thailand. Ada juga persembahan aktiviti permainan orang-orang lama. Selepas selesai group photo kami terus ke ruang dinner sebelah sungai.

Kami cepat-cepat dapatkan meja yang dekat dengan buffer makanan hehe. Makanan memang banyak, ada ketam bakar, ayam bakar, sotong bakar, somtam, koew teow goreng, udang goreng tepung, dan macam-macam lagi. Yang bestnya Dinner Shaklee ni setiap seat akan dapat percuma gift (keychain gajah), percuma vitamin C chewbale. Rezeki malam dinner, group kami memang meja bertuah dan dapat hadiah beg youth. memang best..lepas tue suami saya pula dapat Vivix menang cabutan bertuah. Alhamdulillah seronok betul dapat trip Shaklee ni.. Dinner percuma, dapat gift, dapat cabutan bertuah lagi. Sepanjang Dinner kami sempat bersembang-sembang dengan SID dalam group lain untuk bertukar-tukar cerita Shaklee. Perut pun dah kenyang so apa lagi, naik bas tido dan rehat sebelum balik ke hotel semula

HARI KEDUA

Sarapan Pagi di Amari Food Galeri Level 4

Firstime dapat breakfast berdua tanpa anak, dapatlah reward diri dan me time kami berdua.. memang best sangat.Kat hotel ni tak perlu risau sebab ada ruang makanan halal dan non halal. Ada banyak jugak makanan halal antaranya nasi lemak, nasi goreng, ayam kari masak hijau, mee goreng dan salad, roti, muffin, buah-buahan. So kami ambil makanan yang kene selera tekak sahaja antara nasi goreng, mee goreng, roti telur dan tak boleh tinggal scramble egg. Kami makan sarapan ikut je tapi perut dah kenyang boleh tahan sampai tengahari pulak tu, rupanya beras thai ni sangat berbeza. Nasi nampak macam moist ala-ala pulut tapi tak mengantuk bila makan.

Chatuchak Market

Selepas ke Grand Palace kami terus ke lokasi shopping yang pertama iaitu Chatuchak Market.Sebelum membeli belah kami singgah dulu JJ Mall bersebelahan Chatuchak Market. So kami jalan-jalan dulu dalam Mall ni sebab perut dah lapar so nak cari makanan untuk tengahari. Bermulalah cabaran kami di Bangkok iaitu nak mencari gerai yang jual makanan Halal. Ya, sangat mencabar sebab majoriti kedai dan restoran yang ada semua jual makanan non halal. Alhamdulillah akhirnya jumpa juga pasangan suami isteri jual makanan halal. Antara makanan yang famous kat Bangkok ni roti tisu coklat, roti inti pisang dan inti telur. Penjual pun pakai tudung dan boleh kecek klate. So kami pun apa lagi try la beli sekali dengan teh ais thai yang superb marvelous!!. Harga roti tisu coklat 40 Bath (RM3), roti inti pisang 50 Bath (RM5) danroti inti telur 50 Bath (RM5) .Kemudian kami ke gerai sebelah untuk membeli baby crab, udang dna ikan bilis goreng. Makanan yang ini agak mahal sikit total kami beli dalam 200 bath (RM30) untuk 3 barang

Dah jalan-jalan dalam JJ Mall baru kami bergerak ke Chatuchak Market. Di sini ada 200 ribu kedai, kalau tak berhati-hati boleh sesat jalan. Banyak barang-barang yang murah di jual. Kalau kat kelantan macam rantau panjang la lagi selesa dan banyak pilihan barang-barang yang berbeza-beza. cenderahati, beg sangat murah. Chatuchak Market ni hanya di buka pada hari sabtu dan ahad sahaja, so kalau nak pergi Bangkok jangan lupa singgah ke tempat ini. Ini antara lokasi yang wajib datang untuk Shopping.

Di antara JJ Mall dan Chatuchak ada banyak gerai-gerai makanan so kami ada terjumpa dalam 2-3 gerai yang jual Halal Food, macam ayam goreng, kuih muih. Selepas selesai shopping kami terus balik ke hotel untuk rehat dan sambung shopping pulak belah malam

Night Market

Sebelah malam kami diberikan duit makan, so kami kene cari makanan sendiri di sekitar berdekatan hotel. Agak susah sebenarnya nak cari restoran makanan halal. kami berjalan agak jauh jugak untuk cari kedai makan. Akhirnya jumpa juga Restoran Medina kira-kira 5KM dari Hotel. Cari guna waze je. Sampai je kat restoran ni kami duduk dengan group ireach. Kami oder tomyam, nasi putih ayam cincang, nasi putih daging cincang dan bungkus nasi goreng pataya. Fuh! akhirnya tomyam yang sedap yang di cari-cari jumpa jugak kat kedai ini. Rasa tomyam thai sangat2 berbeza da rasa masin, lemak dan pedas sikit. rasanya tomyam ada letak susu cair nak bagi rasa lemak2. Memang teringa-teringat sampai sekarang. So anda yang nak ke Bangkok boleh singgah kedai ni. kedainya kecik sahaja. pekerja boleh cakap kelantan.

Sebelum tido kami makan dulu ostematrix Shaklee (nak hilangkan lenguh-lenguh badan dan bagi cukup rehat) & Bcomplex Shaklee (nak bagi saraf-saraf cukup rehat)

HARI KE 3

Platinum Fashion Mall

Yang bestnya Trip Shaklee kali ni hari ke 3 masa untuk semua SID bergerak bebas. So kami plan pergi Shopping di Platinum Fashion Mall. Pagi-pagi lepas breakfast terus ke sana. Harga barang-barng tidakla terlalu murah so kalau kat Malaysia macam SOGO or Midvalley. Tapi kami ada jumpa kedai yang jual baju-baju murah. Kedai runcit biasa sahaja sebelah Hotel. Blouse cantik-cantik boleh dapat harga RM9 sahaja. Di Platinum Mall ni banyak level. Kalau nak cari baju perempuan, kanak-kanak dan baju lelaki kene follow level Mall. Di depan mall ada gerai-gerai yang jual makanan halal. Kami pun singgah ke gerai jual roti tisu coklat, roti inti pisang dan inti telur. Platinum Mall ni betul-betul behadapan dengan Hotel Amari. Dah selesai cuci mata, kami pun berjalan-jalan di kaki-kaki lima yang ada jual banyak beg-beg dan baju-baju yang murah. Culture orang Bangkok ni kalau kita dah nego nak beli barang kene pastikan jadi dan terus beli sebab kalau tak beli nanti penjual tu akan kejar kita. Kat Shopping Mall Bangkok ni senang nak dapat saiz baju yang besar macam XXL, XXXL dan lagi besar dari tu. Ada jugak kedai yang jual baju secara borong untuk orang luar ambik buat bisnes.

Kedai Halal

Untuk hari ketiga kami makan tengahari nebggunakan duit yang Shaklee bagi..bestkan. Disebabkan makanan Halal susah nak cari so kami pun boleh makanan ala-ala macam nasi padang (kalau kat Malaysia) lauk yang ada ayam goreng atau ayam masak kuning. Rasa memang sedap sebab beras Thai ni sangat lembut. So kami bungkus je makanan ni dan makan di hotel. Harga makanan setiap 1 bungkus sekitar 100 bath. Air minuman macam biasa lah beliĀ  teh ais Thai…memang sedap betul la

Dinner at Sompong Seafood Restaurant

Dari hotel nak ke tempat dinner kami bertolak jam 4.30ptg (waktu malaysia 5.30ptg). So kami semua naik bas sahaja. perjalanan nak ke tempat dinner mengambil masa 1-2 jam jugak sebab jalan jem sangat. So kami sampai di restoran Sompong sekitar jam 6.30ptg. Sampai je restorang semua terus duduk di meja makan sebab makanan dah memang siap terhidang. antara menu yang kami makan ialah ikan siakap masak sambal, tomyam, udang rebus cicah so Thai, lala masak sup dan paling specialnya ialah pulut mangga. Rasa pulut mangga ni sangat-sangat berbeza dengan rasa kat Malaysia. Pulunya warna hijau, rasa lembut dan rangup. Keyang tak terkata sebab terlalu banyak sangat makanan. Masakan kat Restoran Sompong ni agak pedas sedikit berbanding kedai-kedai yang kami pernah makan sebelum ni. Tomyam pun rasa lain sikit. Lepas kekenyangan sesi bergambar dengan Hellen CEO Shaklee.

Asiatique The River Front

Lepas Dinner je, kami terus ke destinasi shopping yang terakhir iaitu Asiatique The River Front. Tempat Shopping ni memang cantik tapi harga-harganya boleh tahan mahal. Banyak barang-barang yang Branded. Kalau di Malaysia ala-ala macam JPO. Ada jugak barang yang murah. So kene pandai survey harga. Terlalu banyak gerai yang ada di dalam ni. Lokasi betul-betul sebelah sungai. So jami berjalan-jalan dalam ni sekitar 1 jam sahaja then terus naik bas balik ke hotel. Perjalanan pulang dari Asiatique ke hotel sekitar 45 minit sahaja sebab jalan tak jem.

jalan lagi ke Night Market

Sampai je awal ke hotel kami jalan-jalan lagi ke Night Market dan kedai-kedai di kaki lima. So sebelum balik Malaysia cari lagi barang-barang yang murah kat Night Market. Kebanyakkan baju-baju semuanya made in Thailand dan kainnya agak berkualiti dan murah. So borang la baju untuk anak-anak, anak buah dan abang ipar. Sebab tak tahu lagi bila boleh datang ke Bangkok so belilah barang untuk kenangan hehe

sebelum tido ngap dudlu Omega Guard Shaklee sebab Dinner tadi dah banyak makan seafood. So nak elak dari keradangan dan kolestrol makan dulu omega.

Hari ke 4

Ziarah Masjid Darul Aman Bangkok

Pagi-pagi selepas sarapan kami bertolak ke Masjid Darul Aman Bangkok sebelumbertolak balaik ke Malaysia. Satu-satunya Masjid yang ada berdekatan dengan Hotel Amari. Jarak sekitar 7KM. mula-mula plan nak jalan kaki je tapi nak kejar masa so kami pun pilih naik grab car sahaja. Kawan-kawan ramai kata naik Tuk-tuk (teksi di bangkok) agak mahal sikit. So nak murah naik Grab sahaja. Rezeki kami dapat naik kereta Grab Ford. Perjalanan mengambil masa sekitar 15minit.

Kedudukan Masjid ni agak kedalam sedikit. Jika dari jalan besar memang tak nampak sebab masjidnya berada di bangunan rumah sedekat dengan rumah-rumah yang lain. Masjid Darul Aman ini tidaklah terlalu besar. kelihatan agak lama dan usang. Sempat juga kami masuk kedalam ruang solat. Walaupun Thailand ini tidak pernah di jajah tetapi Islam sampai juga terutamanya di Bandar Bangkok. Bila kami ziarah Masjid ini perasaan rasa sayu dan hiba bila melihat orang islam di negara lain sangat susah nak beribadah jika compare duduk di Malaysia. Orang islam di Bangkok juga kelihatan takut-takut. Ramai wanita yang jual-jual makanan Halal tidak pakai tudung. kefahaman islam dan makanan halal mereka tidak sama seperti muslim di Malaysia.

Masjid Darul Aman ini sudah wujud sekitar 1880an lagi. 500 meter dari Masjid banyak rumah-rumah dan gerai-gerai orang Muslim. Ada yang jual Bakso dan macam-macam lagi. Di Bangkok orang islam sangat-sangat minoriti.Selepas selesai ziarah masjid kami terus balik ke hotel naik Grab juga. kali ni dapat naik Toyota Altis. Di Bangkok mereka tidak ada kereta buatan sendiri so paling murah pun mereka akan pakai toyota vios (Kereta teksi)

Coaching dengan Master Freddy & Master Ding

Sebelum bertolak ke air port (nak balik Malaysia) kami sempat jumpa dengan Master Freddy. Master Ding yang bawakan kami berjumpa dengan Master Freddy. master Freddy ni merupakan Shakelee Independent Distributor Pertama di Malaysia. Bermula buat Shaklee ketika usia 45 tahun berhendi dari KWSP dan buat Shaklee. Kini Master Freddy sudah berumur 75 tahun (30 tahun sudah berada dalam Shaklee). So kami pun ambillah peluang yang ada untuk dapatkan nasihat dan coaching sekejap. Antara pesanannya:

  1. Semakin banyak ujian atau halangan, sepatutnya kita semakin kuat dalam bisnes Shaklee
  2. Janagan lari Fokus. Fokus betul-betul apa yang kita mahu. Jangan buat banyak perkara sehingga kita lari fokus
  3. Nak berjaya dalam Shaklee kene bersedia berhadapan dengan 1,000 rejection. Manusia ini hanya da 2 jawapan sahaja bila kita approach sama ada Yes or No.

Kami juga sempat coaching dengan Master Ding sudah berada dalam Shaklee selama 27 tahun. sentiasa nampak sihat dan cergas. Di Trip Shaklee kali ini kami banyak menuntut ilmu dengan Master-Master yang lama.

Dalam perjalan balik kami banyak jugak cross coaching dengan group lain terutamanya dari group master selain melayu. banyak juga ilmu yang kami dapat. Antara perkara yang sangat menyentuh harti kami buat Shaklee ini jangan sampai anak terabai, hidup lintang pukang sehingga masa untuk kerohanian, masa bersenam pun tidak ada. Jangan buat Shaklee singga melawan hukum alam.

Sekian perkongsian kami. jumpa anda di Trip Shaklee 2019.